Tuesday, March 31, 2015

MENAKJUBKAN! - Bayi ini Lahir Dengan Tanda Lahir Angka 12 DI DAHI (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Menakjubkan! Seorang bayi lelaki dilahirkan dengan TANDA LAHIR ANGKA 12 di dahi dan mengejutkan orang ramai.


Doktor juga keliru dengan kejadian yang dilihat sebagai aneh dan pelik untuk diterima akal kerana angka yang tertera adalah dalam bentuk yang cukup sempurna.

Hanru Van Niekerk dilahirkan 11 November lalu di mana Hanru dijangka lahir pada 12hb. Pada mulanya keluarga Hanru tidak menyedari tentang kemunculan tompokan merah bernombor 12 sehingga lah anak perempuan mereka melihat dan mengatakan ada nombor 1 dan 2 di dahi.



Menurut keluarga Hanru, mereka tidak bimbang mengenai tanda merah tersebut kerana menurut doktor, tanda tersebut akan pudar.


PEMBONGKARAN! - Sebab Kubur Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dipasang Pagar Didedahkan

TAOTAUAJER - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh telah tampil menjawab mengenai sekeping gambar terbaru kubur arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersiar dilaman sosial telah dipagar dengan pagar besi tertutup.


Nik Abduh yang juga merupakan anak TGNA telah memberitahu pagar besi tertutup itu dibina tanpa pengetahuan keluarganya.

"Binaan tersebut mungkin dibina oleh penduduk kampung dan anak murid Arwah bapa saya tetapi ia dibina tanpa pengetahuan ahli keluarga kami."

“Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'," katanya.

Justeru, beliau menyatakan pihak keluarganya tidak bersetuju dengan pembinaan pagar tersebut dan bersepakat ia hanya diletakkan dengan status sementara atas tujuan maslahat.

“Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas.

“Pagar tersebut akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” tulis Nik Abduh di laman sosial Facebooknya, semalam.

Tegasnya Nik Abduh kubur al Marhum ayahandanya itu rahimahullah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan.


HOT! - Penjelasan Sebenar Kes Amukan Gadis Myvi Di Shah Alam

TAOTAUAJER - Antara video yang menjadi viral hari ini dimana amukan gadis Myvi dan juga kenderaan Teksi di Shah Alam. Dalam video durasi 1:02 minit itu melihatkan perlanggaran antara 2 buah kereta iaitu Myvi dan juga Teksi, sehinggakan menyebabkan gadis-gadis tersebut berang dan mengamuk menjadi topik bualan hangat.


Dari peristiwa ini, dapatlah kita sahkan kebanyakan wanita melayu zaman sekarang ganas dan anda semua berhati-hatilah sekiranya terlanggar kereta mereka. Namun, keganasan bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

Maklumbalas lain yang diterima selepas itu melalui WhatsApp memaparkan pemandangan rakaman video lain dari pihak kumpulan gadis tersebut dan penjelasan lengkap tentang apa yang berlaku. Menurutnya, Teksi tersebut telah melanggar kereta kumpulan wanita tersebut. Berlaku kekecohan seketika hingga terpaksa ditenangkan orang ramai.

Malahan dikatakan pemandu Teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Berikut adalah video dari lensa kumpulan wanita tersebut.


Berikut pula adalah gambar-gambar kecederaan yang dialami kumpulan gadis tersebut.



Ini bermakna pemandu Teksi terbabit telah melepaskan geram (mungkin kerana mulut kumpulan berkenaan) dengan cara kekerasan kepada kaum wanita.

Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu Teksi tersebut sehingga berdarah (gambar di bawah).


Kejadian sebegini bukan pertama berlaku. Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada Kiki (CDM) dan steering lock keretanya. Kali ini datang satu lagi. Apapun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun.

         

Sumber : OHMEDIA.MY

  TAOTAUAJER : Jadi apa pandangan anda tentang apa yang berlaku ini?

Monday, March 30, 2015

PELIK! - Anak Kambing Berwajah Lelaki Tua Jadi Tumpuan

TAOTAUAJER -  RUSIA – Seekor anak kambing yang mempunyai wajah seperti lelaki tua dengan hidung besar, terselamat daripada disembelih selepas satu sarkas membuat tawaran untuk membelinya pada harga 10 kali lebih tinggi daripada harga biasa.


Anak kambing itu dimiliki oleh Blasius Lavrentiev. Dia yang berasal dari kampung Chirka, berhampiran republik Dagestan berkata, selepas mengetahui kambingnya mengandung, dia menanti dengan penuh sabar untuk mendapatkan anak kambing itu untuk dijual.


Namun, jelas Blasius, dia amat terkejut apabila kambingnya melahirkan anak menyerupai lelaki tua.

“Kambing saya adalah normal tetapi anaknya kelihatan berbeza. Saya tidak tahu bagaimana ini terjadi,” katanya yang mengakui kejadian itu menyebabkan anak kampung berwajah manusia itu menjadi bualan di situ.


Menurut Blasius, selepas berita itu tersebar, dia dihujani dengan pelbagai tawaran daripada orang ramai yang mahu membeli kambing terbabit.

Dalam pada itu, seorang veterinar memberitahu, berdasarkan kepada pemeriksaan, anak kambing itu berwajah manusia akibat pemberian vitamin A berlebihan kepada ibu kambing itu ketika ia mengandung.


PELIK! - Anak Kambing Berwajah Lelaki Tua Jadi Tumpuan
Posted by TAOTAUAJER on Monday, 30 March 2015
  

TAUTAK? - Kenapa Nyamuk Suka Terbang Di Telinga Kita?

TAOTAUAJER - Percayakah anda, nyamuk adalah serangga yang paling berbahya di dunia? kerana serangga kecil ini dicatatkan membunuh sebanyak 2 juta nyawa setahun.


Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita. Geram jer apabila nyamuk main-main kat tepi telinga kan.. kan..  Buat pengatahuan korang...

Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.

Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.


NGERI! - Akibat Cinta Terlarang.!! Mayat pasangan kekasih ditemui dalam keadaan yang amat mengerikkan..!!

TAOTAUAJER - Dikatakan kejadian ini berlaku di jln Nabawan, Sepasang kekasih di temui mati tergantung akibat cinta terlarang, Sewaktu dijumpai mayat di temui sudah hampir reput.


Pasangan kekasih ini mengingatkan kembali Kisah Romeo Dan Juliet, Pasangan telah ditemui mengantung diri mereka sampai mati di pokok ara. Pasangan itu di kenali sebagai Nur berusia 20 tahun dan Yadi berusia 25 Tahun.

Pasangan ini dikatakan sedang merancang untuk berkahwin tetapi mendapat tentangan dari ibu bapa mereka. Atas dasar cinta yang begitu teguh, mereka mengambil keputusan untuk membunuh diri.


Semasa di temui, mayat mereka sudah berbau busuk dan wajah mereka hampir tidak dapat dikenali lagi.  Polis masih menyiasat kejadian ini. 


Sunday, March 29, 2015

INFO! - Persoalan penting berkenaan Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015 nanti!

TAOTAUAJER - Pada hari Sabtu ini, 4 April 2015, akan berlaku sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh, yang dapat dilihat oleh kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Mungkin ramai yang mempunyai pertanyaan yang masih terngiang-ngiang dalam hati, yang mahu tahu jawapan secepat/seringkas yang mungkin. Artikel ini bertujuan memenuhi situasi tersebut. Mudah-mudahan ia dapat membantu.


Bilakah gerhana bulan 4 April ini akan bermula?

Secara tepatnya, gerhana ini akan bermula pada jam 5.01 petang. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.

Pada jam 8.00 pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02 pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.

Di bawah ialah gambarajah rasmi laluan gerhana bulan 4 April 2015, yang disediakan oleh Fred Espanak. Sumber.


Apakah yang dimaksudkan dengan penumbra dan umbra tu?

Bayang-bayang bumi ada 2 bahagian, umbra dan penumbra. Ia terbentuk kerana sumber cahaya yang menghasilkan bayang-bayang ini, iaitu matahari, merupakan sebuah objek yang besar dan sumber cahayanya wujud dari sebuah objek berbentuk bulatan (bukannya satu titik).

Kesannya, sebahagian bayang-bayang bumi, masih ada kena tempias cahaya matahari. Maka, bayang-bayang ini tidak pekat hitam. Inilah kawasan bayang-bayang penumbra.

Manakala, sebahagian lagi kawasan bayang-bayang bumi langsung tidak menerima cahaya direct matahari, maka ia lebih gelap. Kawasan ini dipanggil bayang-bayang umbra.

Gambarajah laluan bulan merentasi 2 kawasan bayang-bayang bumi, iaitu umbra dan penumbra. Sumber

Mengapakah bulan kelihatan merah pekat dan tidak hilang sepenuhnya ketika gerhana?

Warna kemerahan pada bulan itu disebabkan cahaya matahari yang bergerak berhampiran dengan bumi, telah dibiaskan oleh atmosferanya, Cahaya spektrum berwarna merah lebih mudah/banyak terbias berbanding warna lain.

FENOMENA gerhana bulan berlaku menerangi langit dekat Jambatan Pulau Pinang, Georgetown pada OKT 2014
Itulah sebabnya kita boleh lihat kesan kemerahan ketika fasa gerhana penuh. Dan fenomena kelihatan merah ini biasa disebutkan sebagai 'blood moon'.

Istilah Blood Moon ini dikatakan dimulakan oleh 2 orang paderi Mark Blitz and John Hagee, yang merujuk kepada fenomena 4 kali gerhana bulan penuh berturut-turut (bermula tahun 2014 hingga 2015 ini). Fenomena ini juga dikenali sebagai tetrad.

John Hagee telah mempopularkan istilah Blood Moon ini dalam bukunya Four Blood Moons: Something is About to Change pada tahun 2013.

Saksikan lagi gambar - gambar GERHANA BULAN ‘BERDARAH’ YANG SEMPAT DIRAKAM SERATA MALAYSIA PADA OKT 2014

Di lokasi manakah sesuai untuk melihat gerhana bulan kali ini?

Disebabkan gerhana SUDAH PUN BERMULA ketika ia terbit pada Maghrib 4 April 2015 nanti, maka bulan akan berada rendah di ufuk sebelah timur. Maka, lokasi sesuai yang disarankan ialah:
  1. Kawasan ufuk timur yang kosong, tiada gangguan bangunan, pokok mahupun bukit yang tinggi.
  2. Di atas bangunan tinggi, yang dapat melihat ufuk TIMUR yang kosong (tiada gangguan/halangan)
  3. Kawasan pantai timur semenanjung, yang mana langit timurnya mengadap laut.
  4. Malaysia timur seperti di Sabah, di mana Bulan akan terbit satu jam lebih awal dari Semenanjung, maka di sana hampir keseluruhan fasa gerhana (dari awal hingga akhir) dapat dilihat. Bagi di Semenanjung, hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu bermula dari fasa hampir-hampir nak penuh.

sumber : Falakonline


Wednesday, March 25, 2015

PEMBONGKARAN! - Kisah Sebenar Bayi Duyung Lahir Di Johor

TAOTAUAJER - Di JOHOR Seorang bayi yang dilahirkan seperti ikan duyung menjadi viral apabila sekeping gambar tersebar. Dimana seorang bayi yang dilahirkan menyerupai ikan duyung lahir di daerah pontian johor.


Penyebaran ini menjadi viral dan menjadi buah mulut rakyat malaysia apakah benar bayi duyung di lahirkan di Johor.

Namun begitu menurut Sinar Harian penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, semalam disahkan sebagai tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari kelmarin, seperti yang didakwa oleh berita palsu berkenaan.

“Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah palsu.

“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran dicatat di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” katanya di sini semalam.

Ayub berkata, masyarakat secara umumnya dinasihati supaya memastikan kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu supaya ia tidak mencetuskan pelbagai masalah kepada individu lain dan pihak-pihak berkaitan.

“Saya memohon agar orang ramai lebih berhati-hati dalam memastikan kebenaran dan kesahihan sebarang berita atau gambar di dalam internet.


“Sebarang berita yang tiada kepastian dan kebenarannya perlu dirujuk dengan pihak berwajib terlebih dahulu sebelum disebarkan di dalam media sosial kerana ia boleh mengundang keresahan, keghairahan dan masalah kepada pihak terbabit, sekali gus memberi kesan kepada prestasi mereka,” katanya.

Gambar bayi yang dilahirkan cacat dengan kakinya melekat seperti kelihatan duyung itu mula menjadi viral dalam laman sosial semalam, kerana bayi malang itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.

Bagaimanapun setelah diselidiki menerusi beberapa carian dalam laman web mendapati gambar bayi berkenaan dipercayai telah muncul dalam satu akaun Facebook milik seorang wanita Myanmar pada 19 Mac lalu, dan turut ditayangkan dalam laman Facebook, Top Myanmar News.


TAOTAUAJER : Oleh itu, orang ramai lebih berhati-hati dalam memastikan kebenaran dan kesahihan sebarang berita atau gambar di dalam internet. Untuk pengetahuan semua kejadian pelik dan aneh seperti ini pernah berlaku di china namun bayi tersebut meningga dunia selepas 8 jam dilahirkan.