Sunday, April 19, 2015

PEMBONGKARAN! - Kisah Sebenar Kejadian Pelik Air Berlumpur Dan Berapi Di Kubur Menjadi VIRAL!

TAOTAUAJER - Satu video yang VIRAL di laman sosial membuatkan ramai yang tertanya - tanya dan pelik dimana rakaman video menunjukkan api yang membuak - buak keluar dari Jirat cina yang dikatakan berlaku di Bt.4 Jln Kluang, Batu Pahat, Johor.


Rakaman video di bawah ini anda dapat menyaksikan air membuak - buak manakala api marak keluar dari jirat. Namun begitu yang sebenarnya kejadian ini bukan lah berlaku di Kluang sebaliknya berlaku di Taiwan pada tahun 2011.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.

Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, katanya dalam kenyataan di sini, malam Ahad.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.

Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Okay kita saksikan rakaman ini...


Okay kita saksikan rakaman ini...
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 19 April 2015

TAOTAUAJER : Kalau dari sudut sains pereputan mayat dan haiwan apabila terkumpul maka belakulah secara langsung gas matana di bawah tanah.. .munkin kerana gas dan air yg berkumpul terkandung dlm jirat itu membuat gas mantana hidup kerana pegeseran batu-batu di bawah tanah... dan gas matana sangat senstive dengan haba kepanasan berdekatan.. atau Allah ingin memberi tahu kita ia berkuasa di langit dan di bumi hanya dia lebih mengetahui.. Wallahu a’lam

WOW! - Inilah Misteri DisebalikTukul Mjolnir Milik Thor

TAOTAUAJER - Pasti ramai diantara pembaca adalah peminat setia sekual filem Thor mahupun The Avengers bukan?


Disini kami ingin dikongsikan tentang misteri tukul Mjolnir milik Thor. Tetapi jangan ambil hal ini secara serius pula, cuma ianya menjadi perbualan hangat di laman sosial dimana trailer terbaru filem Avengers yang memaparkan adegan di awal yang menarik perhatian semua penonton.

Antara adegan dalam trailer Filem Avengers yang menarik perhatian ramai penonton dan menjadi bualan hangat di laman sosial.

Seperti yang kita ketahui, (berdasarkan filem) tukul milik Thor tidak boleh diangkat oleh manusia biasa atau makhluk lain. Didalam filem Avengers, Hulk turut gagal untuk mengangkat tukul tersebut.

Sebuah artikel dikeluarkan majalah Wired menceritakan tukul berkuasa milik Thor, Mjolnir yang tidak boleh diangkat mana-mana pihak kecuali Thor ada mendedahkan satu alasan saintifik.

Seorang ahli fizik astronomi dari Amerika Syarikat, Doktor Neil Degrasse Tyson, menganggarkan Mjolnir seberat 12,000 trilion pound.

Tyson membuat anggaran berdasarkan spekulasi Mjolnir dibuat daripada jirim bintang nuetron kerana mitologi Norse meramalkan ia dibuat dari besi jenis uru oleh seorang tukang besi.

Jadi kiraan berat Mjolnir dibuat dengan membandingkan ketumpatan air dengan jirim bintang neutron yang mempunyai ketumpatan seratus juta gram bagi setiap sentimeter padu.

Tetapi ada sesuatu yang pelik didpaparkan dalam trailer filem terbaru Avengers.


Tidak logik sebuah meja di rumah Tony Stark, malah apa sahaja objek yang dicipta atau wujud di muka bumi ini mampu menampung beban Mjolnir. 

Friday, April 17, 2015

SUBHANALLAH! - Kebesaran Allah Masjid Ini Dibakar Tetapi Api Padam Sendiri

TAOTAUAJER - Di tengah-tengah siri serangan di Eropah, sebuah lagi masjid di sini dibakar, menjadikan jumlah laporan serangan kerana Islamopobia ke atas penduduk muslim dan pusat Islam di negara itu meningkat sejak beberapa bulan lalu.


Kelmarin, Masjid Sultan Ahmet Cami di sini dibakar kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan, lapor akhbar Jerman, DerWesten.

Veysel Arslan yang tinggal di bangunan yang menempatkan masjid berkenaan berkata, beliau bangun untuk solat apabila menyedari asap memenuhi ruang solat.

“Bagaimanapun, api itu terpadam sendiri. Hanya sebahagian permaidani di ruang solat yang rosak,” katanya.

Katanya, suspek dipercayai memasuki masjid itu selepas memecahkan tingkap belakang, dan menggunakan minyak petrol sebelum menyalakan api dan melarikan diri menerusi pintu masuk masjid.

Hanya permaidani di ruang solat di Masjid Sultan Ahmet Cami di Witten, Jerman rosak selepas api terpadam dengan sendiri.

Masjid itu turut mengandungi beberapa unit kediaman di mana empat keluarga bersama lima kanak-kanak tinggal. Mereka bagaimanapun, tidak cedera.

Sejak tahun 2012, sebanyak 81 serangan terhadap masjid dilaporkan berlaku di seluruh Jerman yang dianggarkan mempunyai empat juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.

Antara tahun 2001 hingga 2012, sebanyak 219 serangan yang menyasarkan kumpulan penganut agama minoriti, khususnya umat Islam dilaporkan di seluruh Eropah. Keadaan ini mencerminkan satu perkembangan yang membimbangkan.

Kumpulan rasis dan Islamopobia turut menyasarkan serangan ke atas masjid di Belanda, Denmark dan United Kingdom. – Agensi 


Wednesday, April 8, 2015

TAUTAK? - Inilah 7 Fakta Sejarah KFC Yang Kita Jarang Ketahui

TAOTAUAJER - Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.


KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.

Colonel Harland D. Sanders2

Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Sanders memalsukan tarikh lahir dan didaftarkan dalam Tentera Darat Amerika Syarikat pada usia enam belas tahun, melengkapkan keseluruhan komitmen perkhidmatan di Cuba.

4. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan termasuk:. steamboat pilot, jurujual insurans, bomba kereta api dan petani sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

5. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentuck Colonel”.

6. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

7. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.


TAOTAUAJER : Untuk pengatahuan anda semua gelaran Sanders ‘Colonel’ adalah satu kehormatan; Ia telah dicipta oleh seorang ahli Honorable Order of Kentucky Colonels dalam 1935 oleh Kentucky Governor Ruby Laffoon. “It’s finger lickin’ good” ialah moto pengiklanan KFC selama bertahun-tahun. Dalam 1991, syarikat mengubah namanya dari Kentucky Fried Chicken ke KFC, nampaknya dalam satu usaha memisah-misahkan sendiri dari istilah “digoreng”. Tiada kebenaran bagi khabar angin yang kehendak Sanders menentukan yang 10% keuntungan-keuntungan KFC jadi diberikan kepada Ku Klux Klan.Laman web KFC menyatakan, resipi rahsia Colonel disimpan terkunci dalam sebuah peti besi di Louisville, Kentucky.

WOW! - Ini Kereta Misteri USD3.4 Juta Yang Dom Terbangkan Merentasi Dua Pencakar Langit

TAOTAUAJER - Kalau dalam Fast 5 orang ramai sangka scene melarikan bilik kebal bank di tengah tengah bandar sudah cukup kental tapi dalam Fast 6 kita disajikan dengan scene yang lagi power iaitu kereta kebal merempuh kereta kereta awam di lebuh raya.


Dalam Furious 7 kami terpaksa akui scene supercar terbang merentasi dua pencakar langit Abu Dhabi lagi gempak walaupun hanya CGI. Memang world class betul idea dan imaginasi pembikin filem Fast & Furious. Sebelum filem Furious 7 ditayangkan ramai yang meneka kereta apakah yang terbang itu bersandarkan trailer yang dikeluarkan. Namun satu pun tidak kena. Kami sendiri pun pada mulanya meneka itu kereta McLaren.

Yang sebenarnya ia ialah kereta yang kita jarang dengar iaitu The Lykan Hypersport, sebuah supercar yang sangat sangat terhad, dan sangat sangat mahal. Hanya ada 7 buah saja di dunia dan berharga USD3.4 juta. Sekiranya ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan penambahan cukai dan kejatuhan mata wang RM, harganya mungkin RM25 juta.

The Lykan Hypersport dibina oleh W Motors sebuah syarikat pengeluar kereta yang bertapak di Dubai yang menggelar diri mereka syarikat supercar Arab yang pertama. Syarikat ini dimulakan oleh Ralph Debbas dan didedikasikan untuk membuat kereta yang sangat sangat mewah yang hanya sheikh sheikh minyak sahaja mampu beli.

Kereta ini dikuasai enjin 3.8 liter twin-turbo flat-six yang diambil daripada Porsche tuner RUF yang menghasilkan 770 hp dan 708 ft.-lb torque melalui transmisi kotak gear 7 kelajuan. Menurut W Motors, Lykan mampu capai 0-100km/h hanya dalam masa 2.8 saat.

Pada bahagian dalam Lykan pula terutama tempat duduk, ia dijahit dengan benang emas dan W Motors mengatakan paparan media dibahagian tengah kereta ini boleh dipaparkan dalam bentuk holografik.

Menariknya lagi, Supercar ini didatangkan dengan 24 jam servis jurutera dan “flying doctors” untuk membantu dan memenuhi kehendak anda dan Lykan mana mana saja di dunia ini. Harga yang tinggi datang dengan servis yang eksklusif.

Saksikan video di bawah sekali....


Lykan Hypersport on the road + soundKereta inilah yang terbang merentasi bangunan pencakar langit Abu Dhabi dalam filem Fast & Furious 7
Posted by TAOTAUAJER on Wednesday, 8 April 2015
sumber : thevocket.com

TAOTAUAJER : Wow... memang patut la harga kereta nie berjuta.. tengok pada spesifikasi kereta mewah ini dan juga reka bentuk dalaman serta luaran yang mengancam. Apa yang tao paling suka sekali adalah reka bentuk bahagian hadapan apabila diamati betul - betul ia seakan kucing yang bertaring.. nama Lykan pun sebenanrya adalah nama sejenis kucing iaitu 'Lycoi' iaitu kacukan kucing terbaru yang disebut sebutkan sebagai Werewolf Cat.


TAUTAK? - Syaitan Lari Terkentut-kentut Sewaktu Mendengar Azan, Mengapa?

TAOTAUAJER - Pernahkah anda dengar ayat yang berbunyi ketika mendengar suara azan, syaitan dari golongan jin lari menjauh hingga terkentut-kentut mungkin waktu sekolah dahulu. Pernahkah anda terfikir mengapa ini sampai jadi macam nie?


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ أَدْبَرَ الشَّيْطَانُ وَلَهُ ضُرَاطٌ حَتَّى لَا يَسْمَعَ التَّأْذِينَ
"Apabila panggilan shalat (azan) dikumandangkan maka setan akan lari sambil kentut hingga dia tidak mendengar azan lagi" (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Mengapa syaitan lari ketika mendengar azan? Seperti dalam hadith tersebut, syaitan takut dengan panggilan solat itu. Begitu besar takutnya sehingga mereka lari sambil terkentut-kentut.

"Kalimat adbarasy syaithan menggambarkan keadaan syaitan ketika ia lari begitu mendengar azan," terang Syaikh Majdi Abdul Wahab Al Ahmad dalam Syarah Hisnul Muslim, "sebab ia menganggap azan sebagai sesuatu yang sangat besar dan menakutkan. Hingga ia terkentut-kentut. Itulah yang berlaku. Ketakutan dan ketegangan membuat sendi jadi kendor sehingga seseorang yang takut ia tidak boleh menguasai dirinya. Saluran seni dan najis menjadi terbuka, hingga boleh kencing atau terkentut. Setan mengalami terkentut ini. "

Lalu mengapa syaitan begitu takut dengan suara azan melebihi ketakutannya pada ayat-ayat Al-Quran secara umum?

Syaikh Majdi Abdul Wahab Al Ahmad menambah, syaitan lari mendengar suara azan kerana azan mengandungi kalimat tauhid dan syiar-syiar Islam. Setan juga putus asa dalam menggoda seseorang apabila terdengar pernyataan tauhid.

Disebutkan ayat-ayat Al-Quran secara umum kerana ada juga ayat-ayat Al Qur'an yang jika dibacakan pada orang yang diganggu syaitan dari golongan jin, syaitan itu akan kepanasan sehingga ia keluar. Hal yang demikian boleh didapati ketika seseorang sedang diruqyah. Dengan dibacakan surat Al Fatihah, surat Al Baqarah ayat 1-5, ayat kursi (surat Al Baqarah ayat 255), surat Al Baqarah ayat 285-286, Al Jin dan lain-lain, syaitan akan kepanasan dan akhirnya keluar dari tubuh orang yang diganggunya . Kalaupun ada syaitan dari golongan jin yang berusaha bertahan, kadang ia malah terbakar kerananya.

SUMBER : www.bersamadakwah.com


Tuesday, April 7, 2015

MISTERI! - Kemunculan Bulatan Hitam Terapung Di Langit Kazakhstan [VIDEO]

TAOTAUAJER - Video footage yang menunjukkan kemunculan bulatan hitam berdiameter kira-kira 100 meter di langit Kazakhstan mencetuskan kegemparan penduduk di negara itu sehingga ada yang mendakwa bulatan itu dibuat oleh makhluk asing, UFO.


Video footage itu telah dirakam pada Sabtu lalu di Shortandy Village, 40 batu dari utara Capital Astana, dan bulatan hitam misteri itu bertahan selama 15 minit di langit sebelum beransur-ansur hilang dari pandangan.


Menurut seorang penduduk kampung berkenaan, Oleg Menshikov, bulatan itu muncul di langit pada jam 4 petang pada 3 April.


"Ia kelihatan seperti asap, namun tidak mengeluarkan bau," katanya.

Video itu telah ditonton sebanyak 50,000 kali semenjak dimuat naik ke laman YouTube dan mengundang pelbagai persoalan para pengguna internet mengenai fenomena terbabit.
Ada segelintir netizen mendakwa bulatan hitam itu adalah asap yang terhasil dari pesawat makhluk asing yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa bulatan hitam itu adalah asap yang dihasilkan dari mulut seorang perokok dan meniup asapnya dalam bentuk bulatan seperti trick yang biasa dibuat oleh perokok.

Bagaimanapun, menurut profesor fizik Northern Kazakhstan State Universiti, Andrey Solodovnik berkata, bulatan hitam itu bukan disebabkan oleh makhluk asing mahupun UFO.


Kejadian bulatan hitam itu kerap kelihatan di langit dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang dihasilkan dari corong-corong asap kilang yang berhampiran. 


PEMBONGKARAN! - Identiti Sebenar Wanita Misteri Dalam Helikopter Terhempas Didedahkan

TAOTAUAJER - Spekulasi mengenai wanita misteri yang berada dalam Helikopter Dauphin AS365 N2 terhempas di Semenyih Sabtu lalu, akhirnya terjawab.


Wanita yang dikenalpasti sebagai Aidena Braizieva itu berusia 25 tahun dan berasal dari Kyrgystan dikatakan datang ke Malaysia semenjak 2010 untuk menyambung pengajiannya di Universiti Sunway.

Aidena juga dikatakan rakan juruterbang helikopter berkenaan, Kapten Clifford William Fournier, pernah beberapa terbang bersama.

Difahamkan, mangsa menukar tempat pengajian dari Universiti Sunway ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi ke Kolej SEGI di ibu kota.

Aidena berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di Kolej SEGI pada Oktober 2014.

Dalam satu sidang media di lokasi nahas hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford

Wanita tersebut menjadi bualan hangat dan menjadi bahan spekulasi akibat identitinya yang tidak diketahui sehinggalah ke hari ini  

SUBHANALLAH! - Sami Peluk Islam Setelah 30 Tahun Kaji Agama Islam

TAOTAUAJER - Di MELAKA Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.


Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.

Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.



Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.

"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.

“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.

"Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin.

Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.

“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun.

Menurut Jooi Soon, lelaki dikenali sebagai Teo itu dikatakan ditemui ketika hidup di dalam gelandangan dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk sesuap nasi.

“Dia mengalami kecacatan anggota kaki dan tangan. Rakan-rakan kami menemuinya sehingga akhirnya kami dakwah dia untuk tertarik terhadap Islam.

“Paling mencabar lagi bagi kami, OKU ini juga tidak berpelajaran dan tidak tahu membaca,” katanya.
sumber : SinarHarian

TAOTAUAJER : Subhanallah Walhamdulillah Wala'ilahaillallah Allahuakbar . Ssungguhnya Hidayah itu Milik Allah . Sebaik baik pemberi Hidayah . Semoga semua Manusia diberikan Hidayah Dan diberi kefahaman yang baik mengenai agama islam . Allahuakbar - Koleksi Masuk Islam


PEMBONGKARAN! - Isu Salam Akhirnya NEELOFA Buat PENDEDAHAN Yang Bakal Buat Anda TERKESIMA !!!

TAOTAUAJER - Sebelum ini, tindakan pengacara televisyen paling popular 2014, Neelofa menolak untuk bersalaman dengan pengurusnya Shawn Amer sewaktu diumumkan sebagai pemenang di ABPBH telah menjadi viral di media sosial.


Tindakan Neelofa dilihat oleh ramai pihak sebagai sesuatu yang patut dilakukan dan mereka memuji sikapnya itu. Namun ada juga yang mengeji dan menganggap Neelofa menunjuk alim. Melalui Harian Metro, wanita itu memberitahu dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian umum:

Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula. Malah, apabila ia mula kecoh diperkatakan di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu.

Tambah Neelofa, dia belajar dari kesilapan sewaktu Anugerah MeleTop, baru-baru ini:
Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah Meletop tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC (Mizal) mengundang kritikan ramai.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa Neelofa bersalaman pula dengan pengarah telefilem popular Michael Ang, namun Neelofa mmengakui mungkin terdapat kecuaian di pihaknya:
Bermula dari kejadian itu saya cuba jaga adab dan hukum itu. Tidak dinafikan kecuaian itu mungkin berlaku tapi saya berusaha untuk memperbaiki. Jadi pada malam itu saya sengaja tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram ketika diumumkan menang.


Aksi Neelofa tolak bersalaman dengan lelaki di ABPBH semalam :)
Aksi Neelofa tolak bersalaman dengan lelaki di ABPBH semalam :)


Okaylah tu sebagai permulaan, ya tak? Sekarang satu Malaysia tahu Neelofa tidak mahu bersalaman dengan bukan mahram dan mereka pastinya tidak akan menghulurkan tangan lagi untuk bersalam dengannya. Bersama kita semua memperbaiki diri kita selepas ini, Insha-Allah.  


Monday, April 6, 2015

TAUTAK? - 9 Perkara Yang Dilakukan Tun Mahathir Ketika Menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang Anda Tidak Tahu

TAOTAUAJER - Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti... Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel.


Tun Dr Mahathir Mohamad....

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia jugalah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia jugalah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dialah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil.

Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.


SUBHANALLAH! - Pemandangan Menakjubkan di Gunung Pelangi di Argentina (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lembah gunung Quebrada de Humahuaca, di wilayah Jujuy, di barat laut Argentina, adalah rumah kepada beberapa geologi menarik. The Hill of Seven Colors dan Palette Painter dalam Maimará terkenal. Terletak hanya 25 km dari Humahuaca, di sepanjang jalan tidak berturap yang digred, pergunungan ini pastinya mesti dikunjungi bagi sesiapa yang melawat Argentina.




TAUTAK? - Inilah Sebab Kenapa Kedai Handphone Tak Nak Jual Top up?

TAOTAUAJER - Punca kedai handphone tak nak jual kad top-up / pra bayar / tambah nilai. Mereka memboikot? Ramai netizen yang mengadu hampir semua kedai handphone di kawasan mereka tidak menjual kad prabayar tambah nilai. Kenapa?


Nak tahu kenapa ? cari jawapannya dari gambar di bawah ini:


Sebelum ini, menteri di jabatan perdana menteri ada mengatakan bahawa harga top up kekal. Namun, lain pula yang berlaku sekarang.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka kepada menteri berkenaan. Apa-apapun, teruskan menikmati hidup anda dan ingatlah ada kuasa di atas dari yang teratas.