Sunday, July 26, 2015

SERIUS! - NASA temui planet seiras Bumi 'Kepler-452b'

TAOTAUAJER - PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada Khamis mengumumkan kapal angkasa Kepler telah mengesan sebuah planet yang seakan-akan sama dengan Bumi.


Tidak dipastikan sama ada planet yang digelar 'Kepler-452b' itu mempunyai fizikal berbatu dan memiliki ruang udara dan air namun penemuan itu adalah yang paling menarik sehingga kini.

Penyelidik NASA, Jon Jenkins berkata planet berkenaan berada dalam gugusan Cygnus dan sejauh 1,400 tahun cahya dari Bumi.

“Saiznya 60 peratus lebih besar dari Bumi dan berada dalam zon kawasan yang boleh menampung kehidupan,” ujar Jon.


Menurut saintis, permukaan Kepler-452b dijangka boleh menampung air selain mempunyai gunung berapi aktif. Kadar gravitinya pula adalah dua kali ganda dari Bumi.

Jarak Kepler-452b lebih jauh daripada sumber cahayanya jika dibandingkan dengan Bumi kepada matahari.

Namun, bintang gugusan itu jauh lebih terang dari matahari lantas Kepler-452b mendapat sumber tenaga yang hampir sama dengan Bumi.

“Ia mengambil masa 385 hari untuk mengelilingi bintangnya hampir sama dengan 365 hari di Bumi,” tambah Jon.

Berikutan ia menghabiskan waktu yang lama mengorbit zon terbabit iaitu sekitar 6 bilion tahun, planet Kepler-452b mempunyai banyak masa untuk menghasilkan kehidupan.

“Jumlah waktu serta syarat yang sama diperlukan bagi memastikan kehidupan berterusan di atas permukaan Bumi,” jelasnya dalam kenyataan rasmi.


Pada 17 April 2014, NASA mengesan sebuah planet dipanggil Kepler-186f yang dikatakan paling menyerupai Bumi. Planet tersebut sejauh 500 tahun cahaya dan 10 peratus lebih besar, namun kurang mendapat cahaya seperti Bumi.

Eksplorasi Kepler dilancarkan pada tahun 2009. Misi berharga AS$600 juta (RM2.29 bilion) itu berbekalkan matlamat meninjau sebahagian daripada Milky Way untuk planet boleh didiami.


Saturday, July 25, 2015

SUBHANALLAH! - Misteri Sungai Di Dasar Laut Terbukti Kebenarannya Dalam Al Quran

TAOTAUAJER - SEHINGGA kini, kewujudan sungai di dasar laut di pantai timur semenanjung Yucatan di Mexico terus menjadi tanda tanya. Fenomena misteri di kawasan digelar sebagai Cenote Angelita itu hanya boleh ditemui penyelam mahir pada kedalaman 55 meter (m). Ia kelihatan seperti sungai mengalir di tengah-tengah sebuah gua yang dikelilingi pokok...


Pada kedalaman 27 m, penyelam akan melalui sebuah kawasan air tawar dengan pandangan yang jelas sebelum ‘sungai’ berkabus muncul di dasarnya. Sejurus berada di kawasan tersebut, penyelam akan merasa pengalaman seperti sedang berada di tengah-tengah kawasan hutan...

Kabus tersebut adalah lapisan tebal hidrogen sulfida yang terhasil daripada pertembungan antara air tawar di bahagian permukaan gua tersebut dan sebahagian air masin di sekitarnya. Menurut BookYourDrive, sebatian kimia biasanya terhasil apabila berlaku pecahan bahan organik bakteria berikutan ketiadaan oksigen di sekitarnya.

Namun begitu  kebenarannya Al-Quran telah membuktikan tentang sungai di dasar laut itu...

Seorang ilmuwan asal Prancis bernama Jaques Yves Cousteau menemukan air tawar yang mengalir di antara air laut yang asin di dasar lautan. Para ahli menyebut fenomena ini sebagai lapisan Hidrogen Sulfida, karena air yang mengalir di sungai dasar laut ini memiliki rasa air tawar. Selain itu sungai dasar laut ini ditumbuhi daun-daunan dan pohon.

Fenomena ini sudah disebutkan dalam Al Quran "Dan Dialah (Allah) yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang satu tawar dan segar dan yang lainnya asin. Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus," (QS Al Furqan: 53).

TAOTAUAJER : Subhanallah.. tanda kebesaran allah ini terdapat dalam Al-Quran. Ikuti lagi artikel berkaitan dengan pembongkaran misteri kebenaran Al-QURAN.

SUBHANALLAH! - Gempar Apabila Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah

TAOTAUAJER - Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.


Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi.

OMG! - ZALIM Beginilah Nasib Lembu Ditangan Pencuri yang Kejam (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Begini la nasib lembu yang dicuri. Kita pun mesti sangsi dengan status adakah lembu ini disembelih dahulu atau tidak. Tapi lembu yang dicuri, walaupun disembelih dagingnya tetap haram. Memang zalim pencuri lembu. Memang patut kena hentam sampai lunyai.



TAOTAUAJER : Menurut sumber, lembu-lembu ini akan dilapah dan keempat-empat kakinya dipotong hidup-hidup selepas lembu-lembu diberi ubat yang akan memabukkan/pengsan.


Friday, July 24, 2015

OMG! - Penyanyi Ini Sanggup 'Patahkan' Tulang Rusuk Supaya Kekal Ramping

TAOTAUAJER - Seorang penyanyi terkenal Mexico, Ariadna Thalia Sodi Miranda, telah memuat naik gambarnya bersama tulang rusuk yang disimpan dalam balang, dalam instragam miliknya.

Spekulasi yang tersebar sejak bertahun-tahun lalu bahawa penyanyi itu telah mengeluarkan tulang rusuknya untuk kelihatan kurus, akhirnya terjawab.

Anda rasa saya membuang tulang rusuk saya? Ya, Tidak? .

“Kepada peminat dari Filipina, ini buktinya. Saya sayangkan tulang rusuk saya.

"Saya menyimpannya selama ini dan persoalan berterusan,” itu yang ditulisnya, sekaligus terus mencetuskan persoalan lagi di kalangan peminat penyanyi berkenaan.

Thalia yang mempunyai peminat di kalangan penduduk Filipina, dikatakan membuang dua tulang rusuknya untuk kelihatan ramping.


Beliau telah mencetuskan persoalan baru-baru ini apabila menyebut mengenai perkara berkenaan dalam satu temu bual.

SUBHANALLAH! - Fosil Ular Ratusan Tahun Ditemui Mempunyai Kaki Empat Sepertimana Dalam Kisah Adam Dan Hawa.

TAOTAUAJER -  PARA saintis buat pertama kalinya berjaya menemui satu fosil ular berkaki empat yang berusia 113 tahun di Brazil.


LONDON – Sekumpulan saintis antarabangsa buat pertama kalinya berjaya menemui satu fosil ular berkaki empat di Brazil yang dianggarkan berusia kira-kira 113 juta tahun.

Media Britain pada Jumaat melaporkan penemuan terbaharu mengenai spesis ular purba ini dipercayai merupakan lelulur nenek moyang kepada generasi ular zaman moden.


Menurut kajian yang diketuai para saintis dari Britain dan Jerman, spesis dikenali sebagai Tetrapodophis amplectus ini hidup ketika awal zaman batu kapur iaitu kira-kira 100 hingga 146 juta tahun lalu.

Spesis ini dikatakan mempunyai banyak persamaan ciri ular klasik seperti hidung pendek, tempurung kepala dan badan yang panjang, bersisik, gigi bertaring dan rahang mudah lentur untuk menelan mangsa besar.

Difahamkan, spesis ular berkaki empat ini tidak pula menggunakan kakinya itu untuk bergerak, sebaliknya hanya untuk memegang mangsanya daripada cuba melepaskan diri.

Selain itu, kaki daripada fosil ini juga menunjukkan ia lebih sesuai untuk tujuan mengorek lubang di tanah dan bukannya berenang di kawasan berair.

GAMBARAN ILUSTRASI
Oleh itu, para saintis percaya bahawa sejarah asal-usul ular tersebut berasal dari daratan dan bukan daripada moyang leluhur mana-mana hidupan marin.

Sebelum ini, beberapa fosil ular berkaki belakang turut dilaporkan pernah ditemui dan bukti itu kini dipamerkan kepada awam di muzium sejarah semula jadi di London.  Agensi/MYNEWSHUB.CC

Subhanallah!!! Penemuan ini sepertimana yang diceritakan ular empat kaki dalam kisah Adam Dan Hawa.

 “Ketika Allah memerintahkan kepada Adam dan Hawa untuk tinggal di surga dan melarang keduanya memakan buah khuldi, iblis memiliki kesempatan untuk menggoda Adam dan Hawa, namun, ketika akan memasuki surga, iblis dihalangi oleh malaikat. Dengan tipu muslihatnya, iblis kemudian mendatangi seekor ular, yang waktu itu ia adalah hewan yang mempunyai empat kaki seperti unta, dan ia adalah hewan yang paling bagus bentuknya. Setelah berbasa-basi, iblis lalu masuk ke mulut ular dan ular itu pun masuk ke surga sehingga iblis lolos dari pengawasan malaikat.” (Tafsir At-Thabari)

Wednesday, July 22, 2015

AWAS - Inilah 27 Cara paling licik lelaki pujuk wanita melakukan persetubuhan

TAOTAUAJER - Semoga dilaknat Allah semua lelaki jenis ini... KETAHUI 27 Taktik atau cara paling licik lelaki pujuk wanita melakukan persetubuhan. 


 1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…

20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…

27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..

*dan kejadian terus berulang...

TAOTAUAJERKepada kaum hawa, tolong share cara licik lelaki ini kepada teman-teman lain supaya tidak tertipu lagi.


PEMBONGKARAN - Rupanya ‘SPIDERMAN’ sudah tertulis dalam Al-Quran 1400 tahun lalu

TAOTAUAJER - Haiwan invertebrata berbuku-buku (arthropoda), kakinya berjumlah lapan dan mempunyai kemampuan untuk membuat jaring. Ia termasuk haiwan karnivor (pemakan daging), namun ia tidak boleh melompat atau terbang. Sehingga ia harus mempunyai kemampuan khusus untuk menangkap mangsanya. Haiwan apakah itu?


Benar, labah-labah. Menyebut nama haiwan yang satu ini membuat kita ingat ayat Al-Qur'an yang bunyinya seperti ini:

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah, kalau mereka mengetahuinya. "

Ya, surat Al-'Ankabut ayat 41. Al 'ankabut itu bentuk mufrad dari' anakib yang artinya labah-labah.

Cuba perhatikan rumah labah-labah, ia kalau panas, kepanasan. Kalau kena hujan jadi lebih "bocor-bocor". Susunannya juga mudah rosak kalau disentuh sedikit. Makanya ada labah-labah yang parasit yang menumpang kereta di rumah kita.

Falsafah hidupnya itu cenderung egois. Berbuat untuk kepentingan dan kesenangan dirinya sendiri. Ia membuat jaring untuk perdaya lawan, tak peduli nasib haiwan lain. Oportunis, oleh sebab itu ia bernama labah-labah bukan rugi-rugi.

Ini khusus tentang ayat 41, jadi perbahasan tak melebar ke falsafah labah-labah lain.

Orang yang berkarakter seperti labah-labah ada banyak kita temui di sekitar. Yang mengaku Islam tapi menjatuhkan Islam. Yang mengaku Islam tapi ngeblock media Islam. Orang seperti ini orang yang "... mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah"

Mungkin ada yang menyebut "Spiderman", mungkin ada yang menyebut "ka al-ankabut" (bahasa arab yang artinya "seperti labah-labah")

Ya, orang yang mencari pertahanan dan pelindung selain dari Allah itu orang yang ka al-ankabut, yang kini kita mengenalinya dengan bahasa sehari-hari "Kalang kabut".

sumber :  detikislam


Tuesday, July 21, 2015

SERIUS! - Ramai Yang Belum Tahu Yang Cara Ini Boleh Menjimatkan Minyak Kereta Anda!

TAOTAUAJER - Harga bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. 


Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan. 

Antara cara menjimatkan perbelanjaan minyak petrol anda ikuti tips di bawah ini

 Dari segi kenderaan

1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah

Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.

2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan

Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang pintu kenderaan.

Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali

3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk

Penggunaan minyak bertambahw 10% apabila air-cond dihidupkan.

4. Kurangkan rintangan angin

Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan mempengaruhi kesan rintangan angin.

Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan angin ketika air-cond dihidupkan.

5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan

Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.

Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan, semakin banyak minyak diperlukan.

Dari segi pengisian minyak

1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)

Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas.

Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.

2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas

Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka juga penutup itu.

Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka penutup minyak itu dan isi minyak.

3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95

Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.

Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar.

4. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum, kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi

5. Isi minyak hingga tangki penuh

Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan

Dari segi pemanduan

1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.

Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.

Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.

Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

2. Jangan kerap tekan break.

Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.

Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek)

Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.

3. Pastikan guna gear yang betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.

4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi.

Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.

5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.

Dari segi perjalanan

1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang dekat

Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh.

Minimumkan perjalanan jarak dekat.

2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.

Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.

3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.

Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta anda.

Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.

4. Amalkan kongsi kenderaan

Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan.

Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan.

Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.

5. Elak jalan dan waktu sesak

Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja.

Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Dari segi penyelenggaraan

1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan tip top.

Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus

2. Guna bahan rawatan minyak

Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat.

3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala

4. NGV pada kenderaan anda

NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol.

Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda.

Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.

5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk harga servis.

TAOTAUAJER : Semoga dengan perkongsian tips cara menjimatkan perbelanjaan minyak petrol ini dapat membantu anda. 


Monday, July 20, 2015

WOW! - MENGEJUTKAN !!! Dengan Hanya Menggunakan Tangan, Lelaki Ini Memukul Durian Sehinggah Pecah.

TAOTAUAJER - Musim Raja Segala buah-buahan, durian kembali lagi! Bagi peminat durian, pasti tidak akan melepaskan peluang merasai kelazatannya. Tetapi bagi mereka yang tidak minat, terhidu sahaja baunya, pasti lari sejauh mana yang boleh.


Namun demikian, bila berdepan buah durian yang penuh dengan duri tersebut, cara bagaimana membukanya merupakan langkah pertama sebelum merasai kelazatannya.

Kebanyakan orang selain meminta bantuan penjual terbabit untuk membuka buah durian itu, ada pula yang akan mendapatkan bantuan ayah atau abang ketika di rumah.

Baru-baru ini, di media sosial tersebar luas satu video yang menunjukkan seorang pakcik dengan mudahnya membelah buah durian hanya menggunakan buku lima, kehebatannya amat mengkagumkan!

Menerusi video itu, kelihatan seorang penjual durian cuba menjual duriannya kepada pakcik tersebut, lalu pakcik itu berkata dengan nada bergurau, " Kalau saya dapat buka buah durian ini dengan menggunakan tangan saya, durian ini you kena bagi saya makan!" Penjual durian itu kemudian senyum sambil menjawab, " kalau awak berjaya, sekalung durian ini dihadiahkan kepada awak pun boleh!"

Bagi memastikan cabarannya menyakinkan, pakcik itu bagi penjual tersebut memeriksa tangannya dan juga membiarkan orang ramai yang berada di sekeliling semak buah durian tersebut adalah belum dibelah lagi.

Lepas itu, barulah menggenggam buku limanya dan satu tumbukan demi satu tumbukan menumbuk ke arah hujung durian tersebut.

Meskipun bagi sesiapa yang menyaksikan situasi itu pasti terasa sakit, namun pakcik berkenaan tetap meneruskan tumbukan sehingga akhirnya buah durian itu terbelah dua.


MENGEJUTKAN !!! Lelaki Ini membuka durian dengan cara menumbuk durian tersebut..
Posted by TAOTAUAJER on Monday, 20 July 2015

TAOTAUAJER : Peringatan buat semua, jangan sesekali meniru tindakan pakcik itu, ini kerana tangannya turut tercedera setelah membelah secara tumbukan dengan menggunakan buku lima. 


SUBHANALLAH! - Bayi Baru Lahir Ini Tertimbus 22 Jam Selepas Gempa Bumi Di Nepal.

TAOTAUAJER - Bayi berusia 4 bulan diselamatkan dari bangunan yang musnah dan runtuh di bandar Bhaktapur sekurang-kurangnya selepas 22 jam gempa bumi itu melanda, akhbar Kathmandu.


Satu pasukan Tentera Nepal pada mulanya gagal melihat kanak-kanak itu semasa penggeledahan tetapi kembali semula di bangunan yang runtuh dan musnah selepas terdengar tangisan yang lemah dari bawah runtuhan bangunan.

Tangisan tersebut dapat membawa Tentera Nepal ke tempat bayi berusia 4 bulan tertimbus menurut pemeriksaan awal budak kecil, yang bernama Sonit Awal, dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan dalaman.

Akhbar yang disiarkan gambar yang menunjukkan bayi dalam keadaan berdebu keredak yang diangkat oleh tentera Nepal didalam struktur banguna yang hancur.

Cerita bayi hidup tidak adalah satu-satunya muncul dari kemusnahan yang dahsyat yang diakibatkan oleh gempa bumi itu,Malah gempa bumi telah mengakibatkan kematian lebih daripada 5,000 orang.


TAOTAUAJER : Kuasa Allah. Besar cinta Allah pada golongan ahli syurga ini.  


OMG! - Gadis Cantik Ini Sanggup Korbankan Nyawa Untuk Lengkapkan Senarai Impian!

TAOTAUAJER - Seorang gadis yang baru berusia 17 tahun ini telah melengkapkan senarai impian atau bucket list yang mahu dikecapinya dengan penuh bermaruah selepas dia menggadaikan nyawa demi rakan baiknya.


Rebecca Townsend telah membuat senarai impian mengenai perkara yang ingin dicapainya, pertama dia mahu pergi ke Sepanyol, kedua mahu bercumbu dalam hujan dan yang terakhir dia mahu menyelamatkan nyawa orang.

Dia telah melengkapkan dua senarai yang pertama selepas tamat pengajian di sekolah pada tahun ini dan Rebecca juga dikatakan telah melangsaikan senarai impiannya selepas terkorban dalam satu kemalangan jalan raya.

Gadis yang berasal dari Connecticut, Amerika Syarikat ini dikatakan telah menolak rakannya daripada dilanggar sebuah kereta yang bergerak laju dari arah hadapan yang mengorbankan dirinya.

Senarai impian Rebecca telah ditemui di atas katilnya pada malam kejadian yang telah meragut nyawanya itu.

Keluarganya menyatakan tindakan Rebecca yang tidak mementingkan diri itu melambangkan karakternya yang suka membantu orang serta pentingkan reputasi sebagai seorang yang gemar membuat kerja amal.  Dia merupakan pengasas sebuah organisasi 


Sunday, July 19, 2015

ANGKER! - 8 Kisah Seram Yang Menghantui Lebuhraya Karak Sehingga Kini

TAOTAUAJER - Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland. Disini tao nak kongsikan kisah seram yang menghantui lebuh raya karak sehingga kini.


1. Fru Bertembung

Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Tidur di Genting Sempah

Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berhenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen Kuning

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak

5. Kereta Antik
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

6. Konduktor Bas

Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

7. Bekas Ketua Komunis

Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

8.Hantu Makan Orang

Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!